Sunday, December 9, 2012


Selamat Malam Blogger dan Kawan2 ,

Ada yang belum tido lagi ker? Cerita  malam ini untuk anak saya yang muhammad daniel khasyi sekarang berusia 1 tahun yang telah menyambut hari lahir,pejam dan celik je pantas betul masa berlalu, masih segar lagi ingatan saya sewaktu melahirkan khasyi ini alhamdulillah khasyi sekarang da pandai berjalan dan manja sangat..

Khasyi aktiviti hari-hari seperti biasa la, bangun paling cepat kul 8.00am paling lambat kul 11.00am
buka je mata gurau senda dulu dengan khasyi maklum la mood ok mmg best tak dengar la suaranya nangis, pastu buka tv citer kartun bagi mata dia buka besar sikit, sejam pastu baru ajak dia mandi sambil main air mmg suka betul dia main air kat bilik air, ah kalau nak tau khasyi ni memang suka biskut tiger tu la makanan pagi dia dan air suam, dia tak boleh nampak saya duduk di meja komputer mula la dia nangis2 manja nak belaian saya, sehari 2 kali tidur tengok pada tahap ngantuk mata dia, petang2 je bawa dia jalan2 kat luar rumah kadang2 tu ayah dia bawa naik moto jalan2 disekitar kawasan perumahan felda.

Khasyi doa dan harapan saya sebagai Ibu untuk dia semoga dia menjadi anak yang soleh,taat dan ingat orang tua..

Betul kata orang bila kita jadi ibu kita secara automatiknya kita akan mengasihi dan menyayangi anak kita sebagai mana ibu kita sekarang..so sayangi ibu kita dan jadi kan la dia idola dihati kita..:)

No comments:

Post a Comment